Sunday, 3 May 2020

Tips Memulakan Hari Anda

Adakah ini rupa anda ketika bangun pagi? Lesu, ingin tidur semula dan emosi kurang stabil 

Atau...

Anda seorang yang ceria dan bersemangat di pagi hari. Kalau anda seorang yang ceria di waktu pagi, tahniah. Anda merupakan orang yang kuat!


Pada pendapat saya, orang paling kuat bukanlah diukur oleh betapa besar otonya, tetapi perlu diukur semasa orang tersebut berusaha untuk bangun daripada tidurnya. Bedasarkan kajian, waktu tidur akan berbeza bergantung kepada umur seseorang itu. Orang yang lebih muda memerlukan lebih tidur kerana mereka banyak melakukan aktiviti dalam kehidupan harian, berbeza pula dengan orang yang lebih berusia. Orang yang lebih berusia memerlukan sedikit sahaja masa tidur kerana kekangan tenaga untuk mereka melakukan banyak aktiviti dalam kehidupan seharian.

Tekan link di bawah untuk mengenal pasti waktu tidur yang sesuai bagi anda!
https://www.helpguide.org/articles/sleep/sleep-needs-get-the-sleep-you-need.htm

Untuk menjadi seorang yang ceria pada waktu pagi sesorang itu perlulah mendapatkan tidur yang secukupnya. Pola tidur yang tidak teratur dan tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan seseorang itu berasa amat lemah dan penat ketika bangun. Situasi ini dipanggil 'Sleeping Disorder' atau kitaran tidur yang tidak teratur. Situasi ini akan menyebabkan pertambahan berat badan, memberi kesan kepada memori dan menjejaskan prestasi kerja sesorang.

Oleh itu, anda perlulah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti agar dapat memulakan hari dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment