Sunday, 3 May 2020

First Impression

Adakah anda menghadapi situasi dibawah, atau orang lain yang membuat ekspresi muka seperti ini apabila melihat anda. Ekspresi seperti ini merupakan salah satu petanda yang sesorang itu mendapat 'first impression' yang tidak bagus. First impression atau tanggapan pertama adalah tanggapan yang mula-mula muncul di fikiran seseorang apabila berjumpa dengan orang yang mungkin tak dikenalinya.
Bergantung kepada penampilan seseorang itu sama kemas atau tidak, itu akan memberikan kesan terhadap first impression itu sendiri. Jika seseorang itu berpakaian compang-camping dan tidak kemas, maka kemungkinan besar orang akan memberikan tanggapan buruk kepada dirinya. Berbeza pula dengan seseorang yang berpakaian segak dan kemas, pastinya masyarakat akan memandang tinggi kepadanya.

. . . .

Namun begitu, jangan kita menilai seseorang daripada rupa luaran sahaja kerana tidak semua yang baik itu berpakaian kemas dan tidak semua yang jahat itu berpakaian kemas seperti kata-kata 'Don't Judge a Book by It's Cover'.

Oleh itu, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang melalui penampilannya. Tetapi kita perlulah mengenal hati budi orang itu dahulu.  

No comments:

Post a Comment