Tuesday 5 May 2020

Shawl Tutorial (Raya Covid19 Edition)


Hai semua! Hari ni saya nak share tutorial tudung yang boleh kita gayakan semasa Covid19 ni. Yela, kita mungkin akan beraya dalam keadaan 'lockdown' jadi apa salahnya cuba gaya tudung dgn tema Covid19 ni (ye ye jeee)

1. Pertama sekali, korang kena ada 1 shawl dan 5 jarum peniti.
2. Pastikan shawl sebelah pendek dan sebelah panjang.


2. Seterusnya lipat di bahagian pendek(kiri) dan bawakan ke aras kening di bahagian bertentangan(kanan).


3. Letakkan jarum seperti di gambar.


4. Lipatkan di bahagian panjang(kanan) dan letakkan jarum. Letakkan juga jarum di bahagian atas bagi mengelakkan kedudukan tudung lari.


5. Bawakan bahagian panjang ke bahu dan letakkan jarum. Kemaskan bahagian bahu kanan dan letakkan jarum.


6. Sarung mask dan anda sudah SIAP!


Haaa bolehlah gi beraya.... kat rumah sendiri yeee.
#staysafe #stayhome





No comments:

Post a Comment