Waktu RMO ni mesti ramai tak tahu nak buat apa kan? Mungkin ada yang busy membuat assignment (eh, ckp dengan diri sendiri hahaah), ada tiba-tiba melantik diri sendiri menjadi chef dengan memasak semua jenis makanan viral dan mungkin ada juga yang marathon layan movie dan k-drama. Kalau nak tahu movie apa yang best dan amat saya recommend ha teruskan membaca.
Movie yang saya nak review ni merupakan movie series dan mempunya 8 movie. Ha, cuba tekaaaa.
Jawapannya Harry Potter! Ya, saya merupakan potterhead sejak sekolah menengah lagi. Pasti ramai di luar sana yang dah lama habis tengok cerita ni kan? Saya habis tengok kesemua movie Harry Potter semasa form 4. Memandangkan ketka itu, saya telah tamat peperiksaan akhir tahun, rakan saya Iylia telah mengajak saya untuk menonton cerita itu.
Sementara menunggu untuk memasuki dewan makan, kami berdua akan menonton movie itu menggunakan laptop Iylia (Sekolah kitorang benarkan pelajar bawa laptop yee). Antara 8 movie itu saya paling minat movie yang pertama iaitu Harry Potter and The Sorcerer's Stone.
Apa yang saya minat tentang movie yg pertama ini adalah kerana ia mengisahkan tentang permulaan Harry Potter sebagai pelajar di Hogwarts. Harry telah kehilangan kedua ibu bapanya kerana telah dibunuh oleh Voldemort. Dia telah dijaga oleh keluarga 'Muggle' yang langsung tidak mempedulikannya. Semasa di Hogwarts, Harry telah berkawan dengan Ron Weasley, Hermione Granger, Neville Longbottom dan lain-lain lagi.
Apa yang membuatkan saya kagum dengan watak Harry Potter ini adalah keberaniannya demi menghadapi musuhnya. Harry amat berani kerana dia ingin mencari sorcerer stone yang dikatakan boleh membuatkan sesorang itu 'immortal'. Jika terlambat, batu itu akan dimiliki oleh Voldemort (You-Know-Who).
Selain itu, dalam movie ini juga ada mengisahkan tentang persahabatannya. Hermione dan Ron setia dengan Harry walaupon banyak cabaran yang perlu mereka lalui bersama-sama. Ron juga telah mengorbankan dirinya ketika permainan chess agar Harry mendapat Checkmate.
No comments:
Post a Comment