Sunday 3 May 2020

Raya Covid19

Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Semua orang akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan ini. Aneka kuih raya dan santapan akan disajikan bagi menyambut ketibaan tetamu yang jauh dan dekat. Bunyi takbir raya pada malam raya pastinya memberikan suatu perasaan kesyukuran kerana telah berjaya mengharungi sebulan Ramadan. 

Namun....

Telah ditakdirkan-Nya, pada bulan Disember 2019, dunia telah dikejutkan dengan satu virus yang telah meragut banyak nyawa iaitu Covid19. Covid19 atau Corona Virus Disease 2019 mula tersebar di Wuhan, China iaitu suatu pasar yang menjual haiwan eksotik. Covid19 mula tersebar luas kerana terdapat percampuran masyarakat dari negara yang berbeza-beza. 
Kejadian ini telah memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi dunia dan aktivit manusia. Kebanyakan negara seperti Malaysia, Jepun, Amerika dll telah dikenakan perintah berkurung. Perintah berkurung di Malaysia telah melebihi sebulan dan malang tak berbau, rakyat Malaysia mungkin beraya dalam keadaan 'lockdown'. Setakat 3/5/2020, kerajaan masih lagi menghalang pergerakan antara negeri termasuklah untuk pulang beraya.
Berita ini amat mengecewakan rakyat Malaysia kerana tidak dapat menyambut Aidilfitri seperti yang mereka idamkan.


Namun, sebagai rakyat yang patuh dan bertamadun, kita perlulah mengikut arahan kerajaan demi kebaikan diri sendiri dan orang lain. Jika arahan kerajaan ini dipatuhi, kemungkinan Malaysia akan bebas Covid19 dan boleh meyambut Aidilfitri seperti biasa. Tetapi sekiranya Covid19 masih belum hilang menjelang Aidilfitri, kita haruslah terima kenyataan tersebut.

2 comments: