Monday 4 May 2020

Cream Puff Recipe

 Adakah anda seorang pencinta makanan? Tetapi di waktu covid ini amat susah untuk mencari makanan kegemaran anda? Jangan risau, anda boleh buat sendiri makanan itu di rumah kerana bahan-bahannya mudah dimiliki dan cara penyediaan juga amat senang!

Antara bahan yang diperlukan adalah :
100g mentega
3 biji telur
1 cawan air 
1 cawan tepung
Secubit garam


Cara penyediaan:
1. Didihkan air dalam periuk dengan api yang sederhana.
2. Letakkan menetega dan secubit garam.
3. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan tepung dan kacau sehingga ada lapisan nipis di periuk.


5. Alihkan daripada api dan tunggu adunan sejuk.
6. Masukkan telur 1 persatu dan kacau rata.
7. Paipkan adunan di dulang yang sudah disapu minyak/mentega.
8. Renjiskan sedikit air untuk mengelakkan adunan terlalu kering.
9. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
10. Siap untuk dihidangkan bersama filling kegemaran masing-masing.


No comments:

Post a Comment