Wednesday, 6 May 2020

APA YANG BEST DENGAN BAJU ELRAH

HAI SEMUA! BAGAIMANAKAH HARI ANDA DI MUSIM PKP NI? 
Harap semua sihat dan istiqamah dalam menjalani ibadah puasa. Tapi semua dan ready ke nak raya? Kalau belum jom baca artikel kat bawah sebab apa korang kena beli Elrah?

1. Baju Elrah diperbuat dari kain yang berkualiti, bukan sebarangan kain tau. Jadi untuk baju yang bermutu dengan harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi.
.......
2. Elrah selalu buat promosi yang korang takkan sangkakan, antara promosi terbaru Elrah adalah mereka menawarkan free postage. Ha, mana nak dapat tuuu?
.......
3. Owner Elrah juga ada memberikan kejutan untuk peminat Elrah, iaitu baju melayu keluaran terbaru akan diberikan samping secara percuma. Iya, percuma tau.
Anda juga dapat banyak penjimatan dari pembelian ni.




Jenis Baju Yang Elrah Tawarkan

Tak boleh keluar rumah untuk beli baju Raya? Jangan risau, kami di Elrah sedia membantu pelanggan setia kami. Hanya place order, buat payment dan tunggu barang sampai di pintu rumah anda. Jom tengok baju apa yang Elrah jual sempena Raya 2020.


HA, baju yang segak kat atas merupakan baju keluaran terbaru dari Elrah iaitu Baju Melayu Noble dan terdapat banyak variasi warna yang boleh dipilih. Dapatkan cepat tau, stok cepat habis ni..


Design yang nampak classy ni namanya Imperial. Ha design ni pun ramai dah grab, korang dah ke?


Baju kedua ni pulak baju design pertama untuk raya, iaitu regal fit. Tapi sayangnya design ni dah banyak sold out.. hmmm


Tuesday, 5 May 2020

Shawl Tutorial (Raya Covid19 Edition)


Hai semua! Hari ni saya nak share tutorial tudung yang boleh kita gayakan semasa Covid19 ni. Yela, kita mungkin akan beraya dalam keadaan 'lockdown' jadi apa salahnya cuba gaya tudung dgn tema Covid19 ni (ye ye jeee)

1. Pertama sekali, korang kena ada 1 shawl dan 5 jarum peniti.
2. Pastikan shawl sebelah pendek dan sebelah panjang.


2. Seterusnya lipat di bahagian pendek(kiri) dan bawakan ke aras kening di bahagian bertentangan(kanan).


3. Letakkan jarum seperti di gambar.


4. Lipatkan di bahagian panjang(kanan) dan letakkan jarum. Letakkan juga jarum di bahagian atas bagi mengelakkan kedudukan tudung lari.


5. Bawakan bahagian panjang ke bahu dan letakkan jarum. Kemaskan bahagian bahu kanan dan letakkan jarum.


6. Sarung mask dan anda sudah SIAP!


Haaa bolehlah gi beraya.... kat rumah sendiri yeee.
#staysafe #stayhome





Monday, 4 May 2020

Review Filem

Selamat petang semua! Harap semua masih lagi kuat semangat dan berpuasa ya 😆...

Waktu RMO ni mesti ramai tak tahu nak buat apa kan? Mungkin ada yang busy membuat assignment (eh, ckp dengan diri sendiri hahaah), ada tiba-tiba melantik diri sendiri menjadi chef dengan memasak semua jenis makanan viral dan mungkin ada juga yang marathon layan movie dan k-drama. Kalau nak tahu movie apa yang best dan amat saya recommend ha teruskan membaca.

Movie yang saya nak review ni merupakan movie series dan mempunya 8 movie. Ha, cuba tekaaaa.
Jawapannya Harry Potter! Ya, saya merupakan potterhead sejak sekolah menengah lagi. Pasti ramai di luar sana yang dah lama habis tengok cerita ni kan? Saya habis tengok kesemua movie Harry Potter semasa form 4. Memandangkan ketka itu, saya telah tamat peperiksaan akhir tahun, rakan saya Iylia telah mengajak saya untuk menonton cerita itu.

Sementara menunggu untuk memasuki dewan makan, kami berdua akan menonton movie itu menggunakan laptop Iylia (Sekolah kitorang benarkan pelajar bawa laptop yee). Antara 8 movie itu saya paling minat movie yang pertama iaitu Harry Potter and The Sorcerer's Stone.


Apa yang saya minat tentang movie yg pertama ini adalah kerana ia mengisahkan tentang permulaan Harry Potter sebagai pelajar di Hogwarts. Harry telah kehilangan kedua ibu bapanya kerana telah dibunuh oleh Voldemort. Dia telah dijaga oleh keluarga 'Muggle' yang langsung tidak mempedulikannya. Semasa di Hogwarts, Harry telah berkawan dengan Ron Weasley, Hermione Granger, Neville Longbottom dan lain-lain lagi.

Apa yang membuatkan saya kagum dengan watak Harry Potter ini adalah keberaniannya demi menghadapi musuhnya. Harry amat berani kerana dia ingin mencari sorcerer stone yang dikatakan boleh membuatkan sesorang itu 'immortal'. Jika terlambat, batu itu akan dimiliki oleh Voldemort (You-Know-Who).

Selain itu, dalam movie ini juga ada mengisahkan tentang persahabatannya. Hermione dan Ron setia dengan Harry walaupon banyak cabaran yang perlu mereka lalui bersama-sama. Ron juga telah mengorbankan dirinya ketika permainan chess agar Harry mendapat Checkmate. 



Cream Puff Recipe

 Adakah anda seorang pencinta makanan? Tetapi di waktu covid ini amat susah untuk mencari makanan kegemaran anda? Jangan risau, anda boleh buat sendiri makanan itu di rumah kerana bahan-bahannya mudah dimiliki dan cara penyediaan juga amat senang!

Antara bahan yang diperlukan adalah :
100g mentega
3 biji telur
1 cawan air 
1 cawan tepung
Secubit garam


Cara penyediaan:
1. Didihkan air dalam periuk dengan api yang sederhana.
2. Letakkan menetega dan secubit garam.
3. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan tepung dan kacau sehingga ada lapisan nipis di periuk.


5. Alihkan daripada api dan tunggu adunan sejuk.
6. Masukkan telur 1 persatu dan kacau rata.
7. Paipkan adunan di dulang yang sudah disapu minyak/mentega.
8. Renjiskan sedikit air untuk mengelakkan adunan terlalu kering.
9. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing)
10. Siap untuk dihidangkan bersama filling kegemaran masing-masing.


Sunday, 3 May 2020

First Impression

Adakah anda menghadapi situasi dibawah, atau orang lain yang membuat ekspresi muka seperti ini apabila melihat anda. Ekspresi seperti ini merupakan salah satu petanda yang sesorang itu mendapat 'first impression' yang tidak bagus. First impression atau tanggapan pertama adalah tanggapan yang mula-mula muncul di fikiran seseorang apabila berjumpa dengan orang yang mungkin tak dikenalinya.
Bergantung kepada penampilan seseorang itu sama kemas atau tidak, itu akan memberikan kesan terhadap first impression itu sendiri. Jika seseorang itu berpakaian compang-camping dan tidak kemas, maka kemungkinan besar orang akan memberikan tanggapan buruk kepada dirinya. Berbeza pula dengan seseorang yang berpakaian segak dan kemas, pastinya masyarakat akan memandang tinggi kepadanya.

. . . .

Namun begitu, jangan kita menilai seseorang daripada rupa luaran sahaja kerana tidak semua yang baik itu berpakaian kemas dan tidak semua yang jahat itu berpakaian kemas seperti kata-kata 'Don't Judge a Book by It's Cover'.

Oleh itu, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang melalui penampilannya. Tetapi kita perlulah mengenal hati budi orang itu dahulu.  

Raya Covid19

Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Semua orang akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan ini. Aneka kuih raya dan santapan akan disajikan bagi menyambut ketibaan tetamu yang jauh dan dekat. Bunyi takbir raya pada malam raya pastinya memberikan suatu perasaan kesyukuran kerana telah berjaya mengharungi sebulan Ramadan. 

Namun....

Telah ditakdirkan-Nya, pada bulan Disember 2019, dunia telah dikejutkan dengan satu virus yang telah meragut banyak nyawa iaitu Covid19. Covid19 atau Corona Virus Disease 2019 mula tersebar di Wuhan, China iaitu suatu pasar yang menjual haiwan eksotik. Covid19 mula tersebar luas kerana terdapat percampuran masyarakat dari negara yang berbeza-beza. 

Tips Memulakan Hari Anda

Adakah ini rupa anda ketika bangun pagi? Lesu, ingin tidur semula dan emosi kurang stabil 

Atau...

Anda seorang yang ceria dan bersemangat di pagi hari. Kalau anda seorang yang ceria di waktu pagi, tahniah. Anda merupakan orang yang kuat!